Warisan Tumbang, Musa Aman Ambil Alih Kerajaan Negeri Sabah

- Advertisement -

Kota Kinabalu – Bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman hari ini mengumumkan telah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Ahli Dewan Undangan (ADUN) negeri itu.

Beliau berkata pihaknya akan membuat satu bentukan dan menyokong Perikatan Nasional (PN) dalam satu sidang media tergempar yang dibuat di rumahnya sebentar tadi.

“Alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah swt kerana akhirnya dengan izin Tuhan, ingin memaklumkan bahawa satu gabungan baharu telah di bentuk bersama dengan ADUN dari pelbagai parti.

“Saya juga ingin memaklumkan yang Menteri Keselamatan dalam Negeri  Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, Setiausaha Politik kepada PM telah membuat Kunjungan Hormat kepada Tuan Yang Terutama pagi tadi untuk memaklumkan gabungan baru yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri  YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru,” memetik kenyataan tersebut.

Menurut Musa, ADUN itu datang daripada Warisan, PKR, PPBM dan UMNO.

Tuan Yang Terutama telah meminta saya mengemukakan surat-surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan mereka.

”Saya telah menerima surat akuan bersumpah ADUN yang mengesahkan pendirian mereka  menyokong gabungan baharu yang saya ketuai,” ujarnya lagi.

Antara ADUN dari parti pemerintah yang berada di rumah Musa sebentar tadi adalah Datuk Hamis Samad (Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (Balung), Kenny Chua (Inanam), Datuk Muis Picho (Sebatik) dan Datuk Bolkiah Ismail (Pitas).

Beberapa minggu ini, timbul spekulasi akan berlaku perubahan dalam kerajaan Sabah pimpinan Warisan, susulan dakwaan 14 hingga 16 Adun yang menyokong gabungan parti pemerintah itu akan bertukar kem.

Ini bermakna pembangkang yang kini mempunyai 20 kerusi akan mempunyai sokongan mencukupi untuk mendapat majoriti mudah 33 kerusi yang diperlukan bagi menggulingkan kerajaan sedia ada berusia 27 bulan itu.

Musa merupakan ketua menteri paling lama berkhidmat akan kembali menerajui negeri itu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat