‘UMNO Hormat Keputusan Hakim, Tetap Jaga Setiakawan Dalam PN’

- Advertisement -

CYBERJAYA – Umno dan Barisan Nasional menghormati keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menjatuhkan hukuman salah terhadap Datuk Seri Najib Razak berkenaan kes SRC International.

Dalam masa sama, Umno juga akan mempertahankan hubungan setiakawan bersama sekutu-sekutunya dalam Barisan Nasional, Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

“Sudah tentu kita menghormati keputusan yang dibuat oleh Yang Arif Hakim, namun penelitian perlu dibuat terhadap kemungkinan wujudnya kekhilafan dari sudut perundangan dan fakta.

“UMNO/BN akan menanggani keputusan penghakiman ini dengan cara yang terbaik di samping mempertahankan kesetiakawan bersama sekutu-sekutu dalam BN, Muafakat Nasional dan PN,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Zahid, berkenaan dengan keputusan kes membabitkan syarikat milik negara yang tidak berpihak kepada Najib itu, Umno akan memberi perhatian yang serius.

Terutama dalam memberikan penerangan kepada semua lapisan ahli parti berkenaan status semasa kes tersebut yang masih belum berakhir sepenuhnya.

“Penghakiman kes telah dibuat dan melalui proses perundangan dalam sistem kehakiman negara. Jelas sekali, UMNO/BN dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak campurtangan dalam proses penghakiman.

“Apa yang dilalui dalam kes ini belum berakhir kerana ruang mendapatkan keadilan dalam proses perundangan masih terbuka. Tiada siapa yang patut dihalang dari memperolehi keadilan.

“Kita telah banyak menyaksikan dalam catatan perundangan dan politik di dalam atau luar negara mengenai kes-kes yang melibatkan orang politik di mahkamah. Ia bukanlah sesuatu yang di luar sensasi politik,” katanya.

Zahid turut mengingatkan bahawa kejujura , keikhlasan dalam perkongsian kuasa serta persahabatan tetap menjadi prinsip utama dalam semua gabungan dan ianya akan sentiasa dipertahankan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat