Yang Digugurkan Jawatan Pro Anwar: Syed Badli Shah

- Advertisement -

SHAH ALAM – Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman mendakwa tidak mengetahui alasan beliau digugurkan daripada jawatan disandangnya.

Beliau turut mendakwa, individu-individu yang digugurkan jawatan daripada AMK adalah mereka yang pro dan kuat mempertahankan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Macam saya sendiri pun tidak ada masalah dengan ketua, tidak ada masalah dengan organisasi tiba-tiba kena (digugurkan).

“Cuma saya nampak yang digugurkan ini betul-betul pro presiden. Mungkin ada usaha nak sabotaj presiden,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Selain daripada Syed Badli Shah, antara yang turut digugurkan jawatannya ialah Ketua AMK Selangor, Najwan Halimi dan Penolong Setiausaha AMK, Muhammad Naqib Nasaruddin.

AMK Malaysia kemudiannya dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil langkah progresif dengan melaksanakan penyusunan semula barisan majlis kepimpinan dan rombakan jawatankuasa organisasi AMK Perlis dan Selangor.

AMK berkata, pelaksanaan itu berikutan usul khas berkaitan pemanjangan tempoh memegang jawatan bagi sesi kepimpinan 2018/2021 yang telah diluluskan semasa Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-15 yang lalu.

Mengulas lanjut, Syed Badli Shah berkata, beliau juga tidak mengetahui usul mana yang dimaksudkan oleh AMK terbabit.

Menurutnya, kenyataan dibuat AMK mengenai mahu jentera parti bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya merupakan alasan.

“Kalau nak berhadapan PRU15 buat apa nak gugurkan organisasi yang tengah kuat. Contoh macam di Selangor di bawah kepimpinan Najwan mereka ini bergerak. Bila dia gugurkan, itu yang tidak bergerak,” jelasnya.

Syed Badli Shah berkata, beliau juga akan berbincang dengan Anwar selepas ini mengenai penguguran jawatan tersebut.

“Saya akan berbincang dengan presiden dahulu, sebab apa pun kami bergerak dengan presiden,” katanya.

Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat