“Kalut itu ini, benda senang jadi susah, benarkan saja Parlimen bersidang” – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganggap kerajaan Perikatan Nasional (PN) sengaja melengah-lengahkan sidang Parlimen dan membuatkan perkara mudah menjadi susah.

Menurut beliau sidang Parlimen adalah hak rakyat dan lambang demokrasi ia tidak sepatutnya dijadikan sesuatu yang sulit dan payah dijalankan.

“Wujud persoalan mungkinkah Parlimen akan terbubar secara automatik berdasarkan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan? Ia kerana timbul pandangan Parlimen perlu bersidang semula dalam tempoh enam bulan selepas persidangan terakhir.

“Atau lebih tepat perlu bersidang selewat-lewatnya pada 29 Jun 2021. Jika gagal berbuat demikian Parlimen dikatakan boleh terbubar secara automatik.

“Tetapi tampak seperti kerajaan PN masih berat hati benarkan Parlimen segera bersidang. Ke sana ke sini. Pusing sana pusing sini,” ujar Zahid dalam hantaran di Facebooknya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, walaupun Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu telah pun bertitah supaya Parlimen bersidang secepat mungkin namun ia masih sukar dilaksanakan oleh kerajaan.

“Terbaru Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat kata Parlimen hanya boleh bersidang secara hibrid Ogos atau September 2021.

“Ada juga yang menafikan pandangan Parlimen boleh terbubar secara automatik.

“Mereka kata negara dalam Ordinan Darurat maka Parlimen tidak boleh bersidang. Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai.

“Tetapi Yang di-Pertuan Agong telah pun bertitah pada 24 Februari 2021 bahawa Parlimen boleh bersidang sepanjang tempoh darurat.

“Maka adakah pihak mengatakan Parlimen tidak boleh bersidang semasa Ordinan Darurat mahu menidakkan titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

“Benda senang jadi susah buat apa. Benarkan Parlimen bersidang. Kalut itu kalut ini untuk apa? Sidang Parlimen hak rakyat. Lambang demokrasi,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat