‘Ingatkan serius, rupanya kelakar’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Uyaina Arshad, 28, mengaku gementar apabila ditawarkan pengarah, Michael Ang untuk bergandingan dengan aktor sasa, Zul Ariffin dalam drama Love Elsa.

Menyangka Zul jejaka serius, tanggapan pelakon dan pengacara itu bagaimanapun meleset selepas mereka bertemu buat kali pertama di set drama berkenaan.

“Apabila diberitahu bakal digandingkan dengan Zul, saya berbesar hati, namun, timbul rasa takut dan tertekan.

“Apabila dibandingkan pengalaman dirinya dan saya, terlalu besar jurangnya. Zul ada nama besar sedangkan saya masih baharu dalam industri seni.

“Namun, ketakutan segera pudar selepas bertentang mata dengannya. Selama ini, saya sangka dia serius dan hendak bercakap pun, takut-takut.

Uyaina mengaku serasi bekerjasama dengan Zul biarpun aktor sasa itu mempunyai reputasi gah dalam dunia lakonan. Foto IG Uyaina Arshad
Uyaina mengaku serasi bekerjasama dengan Zul biarpun aktor sasa itu mempunyai reputasi gah dalam dunia lakonan. Foto IG Uyaina Arshad

 

“Selepas bekerja dengannya, barulah saya tahu Zul suka menyakat dan kelakar. Kerjasama kami jadi mudah,” katanya kepada BH Online.

Disebabkan Zul suka menyakat, Uyaina sempat merakamkan beberapa video memaparkan karakter sebenar aktor sasa itu di set penggambaran untuk dikongsi dengan peminat.

Berkongsi mengenai cara Zul bekerja, Uyaina berkata, aktor itu memahami dirinya berhijab lalu sangat menghormati dan fleksibel hingga tidak kekok.

“Watak yang dibawa dalam drama Love Elsa adalah insan yang memiliki keistimewaan. Setiap kali bersentuhan dengan orang lain, dia akan mendapat ingatan atau memori individu terbabit.

“Dalam drama ini, ada adegan saya bersentuhan dengan Zul. Namun, ia adalah permainan kamera,” katanya.

Uyaina berterima kasih kepada Ang yang menghormati pendiriannya tidak mahu bersentuhan dengan pelakon lelaki.

“Ini memberi semangat baharu kepada pelakon berhijab lain dengan adanya penggunaan kamera ‘trick’ bagi menghidupkan adegan bersentuhan,” katanya.

Pengacara Wanita Hari Ini itu turut berkongsi perancangan masa hadapan bersama penyanyi, Raja Syahiran Raja Azharianshah. November tahun lalu, keluarga Raja Syahiran datang merisiknya.

“Ketika ini, kami ingin beri fokus kepada karier, apatah lagi dengan keadaan pandemik COVID-19 yang belum pulih.

“Memang ada perancangan berkahwin, namun, dia (Raja Syahiran) yang akan mengumumkannya selepas mendapat tarikh sesuai,” katanya.

Ditanya penerimaan kekasihnya itu apabila digandingkan bersama aktor lelaki dalam drama, Uyaina menjelaskan, Raja Syahiran faham kerjayanya sebagai pelakon.

“Saya sudah berlakon sebelum kami berkenalan. Jadi, dia sudah faham cara saya bekerja. Lagipun, dia tahu sikap saya yang suka bercakap. Jadi, dia tiada masalah apabila melihat saya akrab dengan pelakon lain.

“Bagi saya, andai kita tidak bercakap dengan orang lain ketika berada di set penggambaran, susahlah untuk kerja seperti ini, apatah lagi, saya lincah,” katanya ditemuramah pada sidang media virtual mempromosikan drama Love Elsa, baru-baru ini.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,560FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat