Filem berkisar kekeluargaan

- Advertisement -

SELAIN drama berbaur kisah cinta dan konflik keluarga, semestinya karya komedi seram juga turut menjadi perhatian penonton.

Apa lagi, di kala pandemik Covid-19 ketika ini yang sedikit sebanyak hiburan ringan diperlukan.

Sehubungan itu, mengambil kira konsep penceritaan menghiburkan untuk seisi keluarga, penonton TV9 akan menyaksikan drama komedi seram berjudul Seram Tak Seram terbitan Nafalia Corporation Sdn Bhd

Drama sebanyak 13 episod ini akan disiarkan setiap Khamis, jam 9.30 malam dengan dibintangi pelakon berpengalaman yang pastinya mampu melakonkan watak komedi mereka dengan baik.

Antaranya Jiggy Masin, Adam Corrie, Joey Daud, Didie Alias, Liza Abdullah, Afifah Nasir, Mia Nasir, Acong Sweetchild, Nasz Sally, Qazem Nor, Zarul Umbrella, Den Wahab dan ramai lagi.

Seram Tak Seram mengisahkan cerita di sebalik koleksi barang-barang antik dijual seorang pemilik kedai, Sheikh Tahlul lakonan Jiggy yang didakwa mempunyai pelbagai rahsia tersendiri dan menyeramkan.

Kisah mistik itu terdapat pada barangan antik dijual seperti kereta, lampu suluh, telefon, pedang, topeng, radio, cincin emas batu delima, anak patung,

 

JIGGY lakonkan watak Sheikh Tahlul.
JIGGY lakonkan watak Sheikh Tahlul.

 

basikal tua, seruling, kunci, mangkuk tingkat dan seterika.

Berbicara mengenai drama itu, Jiggy berkata ia karya menarik yang padat dengan komedi ringan.

Ujarnya, watak Sheikh Tahlul itu sendiri agak menghiburkan dan perlu ditonton.

“Sebagai pelakon, membintangi drama komedi ini turut memberi cabaran besar. Bukan mudah sebenarnya mahu membuat penonton terhibur dengan watak dipersembahkan. Untuk itu, saya amat berusaha gigih.

“Bagi saya selaku watak utama sebagai Sheikh Tahlul, kena betul-betul tahu mengenai setiap kisah mistik yang ada di sebalik barangan antik itu. Apapun, ia memang menarik.

“Penonton harus menyaksikannya bagi mengetahui perceritaan sesuatu kisah itu. Anda pasti terhibur kerana padat dengan aksi lucu. Setiap pelakon sangat memberi kerjasama yang baik,” katanya.

Jiggy juga berterima kasih kepada pihak produksi kerana yakin dengan kemampuannya berjenaka.

 

SERAM Tak Seram babitkan pelakon berpengalaman, temui penonton setiap Khamis di TV9.
SERAM Tak Seram babitkan pelakon berpengalaman, temui penonton setiap Khamis di TV9.

 

Katanya, drama Seram Tak Seram memang akan buat penonton tak kering gusi ketawa.

Sehubungan itu, episod pertama mengisahkan Ah Meng yang bekerja sebagai seorang pembeli dan penjual kereta antik ingin membeli sebuah kereta lama daripada Kamil.

Tapi, Kamil berat hati untuk menjualnya hingga memerlukan Ah Meng membuat pelbagai cara mendapatkan kereta itu. Apakah misteri di sebalik kereta terbabit?

Bagi episod kedua pula memaparkan kisah misteri sebuah lampu suluh milik Dr Sofia yang tidak pernah mempercayai perkara mistik jika dia tidak melihatnya.

Suatu hari, seorang peguam bernama Narodi menghubunginya untuk memberitahu yang dia akan mewarisi harta pusaka daripada keturunan yang tidak dikenali dan salah satu harta ditinggalkan itu ialah lampu suluh.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat