Angel miliki vokal unik

- Advertisement -

BOLEH dikatakan setakat ini tidak ramai penyanyi cilik yang muncul dalam industri hiburan tanah air.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita ketandusan bakat kanak-kanak yang boleh diketengahkan untuk menjadi seorang penyanyi.

Terbaharu, kemunculan penyanyi kanak-kanak, Angel atau nama sebenarnya Angelica Petra Battle, berusia sembilan tahun bakal mewarnai dunia hiburan tempatan.

Lebih menarik, Angel juga pernah berlakon dalam beberapa filem termasuk filem pertamanya di Indonesia yang bertajuk, Perjalanan Pertama.

Ibunya, Datuk Rosmar Ayu Mokhtar berkata bakat nyanyian anaknya itu mula dikesan apabila sering berkaraoke ketika berada di rumah.

“Semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu, saya lebih banyak luangkan masa bersama anak di rumah. Kami melakukan pelbagai aktiviti termasuklah berkaraoke.

“Dari situlah saya melihat bakat dan potensi yang ada pada anak-anak lain, termasuk Angel. Saya boleh katakan, mereka sangat berbakat dalam nyanyian tapi memerlukan sokongan daripada saya,” katanya.

Menurut Ayu, dia sudah menghubungi beberapa guru nyanyian untuk menghantar anaknya itu menghadiri kelas vokal. Namun, hanya Mark Adam saja yang memberi maklum balas serta bersetuju menerima anak-anaknya termasuk Angel sebagai anak didik.

Bagaimanapun, Ayu menjelaskan perbincangan bersama Mark sangat perlu bagi dirinya untuk memahami hala tuju terhadap nyanyian anak-anaknya.

“Kelas berkenaan penting bagi memantapkan lagi vokal serta mempertingkatkan nilai persembahan dalam nyanyian. Selepas beberapa lama menghadiri kelas vokal, saya dan Mark sudah berbincang untuk menghasilkan single buat Angel.

“Lagipun, ketika itu Mark menyatakan vokal Angel juga semakin baik dan anak saya dilihat sudah bersedia untuk masuk ke studio rakaman,” katanya.

 

ANGEL belajar vokal di Suara Academy milik Mark Adam dan berada di bawah bimbingan Cikgu Mimi.
ANGEL belajar vokal di Suara Academy milik Mark Adam dan berada di bawah bimbingan Cikgu Mimi.

 

Bercerita lanjut mengenai lagu Selamanya Bersama, Ayu berkata, ia adalah ciptaan sepenuhnya oleh Mark Adam serta diilhamkan sendiri oleh Ayu yang mendedikasikan lagu itu kepada ayahnya, Mokhtar.

Lagu itu dirakamkan pada Disember tahun lalu, manakala video muzik pula dihasilkan pada Februari lalu.

“Kalau kebanyakan lagu yang dihasilkan sebelum ini banyak mengenai ibu, namun Selamanya Bersama ini lebih kepada seorang bapa.

“Lagu ini memaparkan kisah mengenai hubungan antara seorang anak dan ayah angkatnya yang sudah dianggap seperti bapa sendiri,” katanya.

Ayu turut meletakkan harapan agar lagu berkenaan diminati pendengar dan berharap orang ramai dapat menerima kemunculan anaknya dalam industri nyanyian pada usia yang cukup muda.

Sementara itu, Mark selaku komposer menyatakan lagu itu mempunyai kenangan tersendiri dan terdapat cerita di sebaliknya.

Menurut Mark, lagu itu mengisahkan mengenai kanak-kanak yang kehilangan kedua ibu bapa dan kemudian dijaga oleh seorang lelaki yang akhirnya dianggap sebagai ayah.

“Saya juga anggap lagu ini istimewa kerana pertama kali hasilkan lagu untuk kanak-kanak dan melihat Angel mempunyai vokal yang sangat unik.

“Apabila diminta oleh ibunya untuk hasilkan lagu, saya banyak mengkaji mengenai diri Angel, terutama mengenai sikap dan karakternya.

“Disebabkan itu saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan lagu dan lirik Selamanya Bersama,” katanya.

Pada masa sama, Mark juga mengakui pada mulanya berhadapan dengan cabaran ketika rakaman memandangkan Angel masih kanak-kanak dan dia mempunyai ‘mood’ tersendiri.

“Bekerjasama dengan kanak-kanak ini kita tak boleh paksa dan kena ikut ‘mood’ dia. Alhamdulillah, Angel sebenarnya berbakat dan mudah memahami apa yang dipelajarinya,” katanya.

Video muzik lagu Selamanya Bersama mula disiarkan di saluran YouTube D’Ayu Music mulai 26 Jun lalu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,560FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat