Penegasan kali ketiga daripada Tuanku, usah berdalih lagi – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) taat kepada titah Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya mengadakan sidang Parlimen secepat mungkin.

“Ini penegasan kali ketiga daripada Tuanku Agong tentang sidang Parlimen.

“Saya harap tidak ada lagi dalih dan tafsiran lain daripada menteri, dan berhentilah memperbodohkan rakyat,” tegas Presiden PKR itu dalam ciapan di Twitternya pada Selasa.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin dengan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ditetapkan kerajaan dan Parlimen.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Selain itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa semua Jawatankuasa Pilihan Parlimen Ke-14 hendaklah meneruskan sesi mesyuaratnya untuk pelaksanaan mekanisme semak dan imbang bagi menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab khususnya menangani isu-isu dasar awam dan kemasyarakatan serta hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara,” katanya dalam kenyataan Istana Negara, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bersama timbalan mereka di Istana Negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat