Mahathir Dakwa Bukan Beliau Yang Cadang Mukhriz Jawatan TPMII

Dakwa Chow Yu Hui Bawah Akta Hasutan

KUANTAN: Sikap biadap Adun Tras dari DAP Chow Yu Hui yang memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar kerajaan negeri Pahang yang mewajibkan penggunaan...

Bekas Ahli SPR Dilantik Pengerusi Tourism Malaysia

Cyberjaya - Bekas ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Ibrahim dilantik sebagai pengerusi baru Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) bermula hari...

Kerajaan Digesa Lakukan Sesuatu Yang Radikal Untuk Felda

Cyberjaya - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan memerlukan perhatian dan strategi khusus bagi membantu masyarakat luar bandar menghadapi kesan pandemik...

Lelaki Warga Malaysia Dipercayai Bunuh Diri Dalam Lokap Thailand

KANGAR - Seorang lelaki warga tempatan dilaporkan meninggal dunia semasa berada dalam lokap Polis Daerah Padang Besar, Sadao, Thailand, Jumaat lalu. Lelaki yang berasal dari...

PAS, Umno & Bersatu Tak Boleh Berpisah – Hadi

Cyberjaya - PAS, Umno dan Bersatu tidak boleh berpisah dalam arena politik negara hari ini. Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang beekata demikian dalam status...

PETALING JAYA – Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bukan beliau yang mencadangkan anaknya, Mukhriz untuk menjadi timbalan perdana menteri II sekiranya Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

Mahathir juga sedar cadangan itu akan mengundang kritikan.

“Cadangan ini tidak datang dari saya. Dalam kenyataan bersama Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 22 Jun, pelantikan Mukhriz sebagai TPM II sudahpun disebut,” katanya dalam kenyataan.

Cadangan itu meletakkan beliau dalam keadaan serba salah.

“Di waktu saya jadi perdana menteri kali pertama saya larang anak saya bergiat dalam politik, khusus sebagai ahli parti kerajaan.

“Saya tidak hendak dituduh mengamal nepotisme, memberi keistimewaan kepada keluarga saya,” katanya.

Bagaimanapun, selepas beliau tidak lagi menjadi perdana menteri, Mahathir tidak dapat menolak cadangan melantik Mukhriz ke jawatan-jawatan tertentu.

“Saya tidak ada hak untuk menentang kerana kepentingan diri saya,” katanya.

Beliau berkata anaknya tidak memikul tanggungjawab menjaga namanya, mengatakan mereka bebas berpolitik.

“Jaya atau tidaknya politik mereka bergantung kepada diri mereka,” katanya.

Beliau menyerahkan kepada pembacanya untuk mempercayai atau tidak penjelasan ini, mengatakan sudah tentu orang yang bermusuhnya dengannya, “akan bercakap sinis”.

Nama Mukhriz dicadangkan dalam “opsyen pertama” perbincangan mengenai calon perdana menteri PH, yang mengandingkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dengan bekas menteri besar Kedah itu sebagai timbalannya.

Terbaru, Mukhriz dicadangkan sebagai timbalan perdana menteri II, bersama Anwar, dengan Presiden Warisan, Shadie Apdal sebagai perdana menteri.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Dakwa Chow Yu Hui Bawah Akta Hasutan

KUANTAN: Sikap biadap Adun Tras dari DAP Chow Yu Hui yang memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar kerajaan negeri Pahang yang mewajibkan penggunaan...

Bekas Ahli SPR Dilantik Pengerusi Tourism Malaysia

Cyberjaya - Bekas ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Ibrahim dilantik sebagai pengerusi baru Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) bermula hari...

Kerajaan Digesa Lakukan Sesuatu Yang Radikal Untuk Felda

Cyberjaya - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan memerlukan perhatian dan strategi khusus bagi membantu masyarakat luar bandar menghadapi kesan pandemik...