Speaker Sahkan Terima Usul Penamatan Khidmatnya

Kuala Lumpur – Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengesahkan telah menerima usul mencadangkan supaya khidmat beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat ditamatkan.

Beliau berkata, turut diterima adalah usul mencadangkan supaya khidmat Nga Kor Ming sebagai Timbalan Speaker juga ditamatkan.
Mohamad Ariff berkata, kedua-dua usul itu diterima mengikut amalan biasa dan selari dengan Peraturan Majlis Mesyuarat serta tanpa berat sebelah.

“Terpulanglah kepada Dewan untuk memutuskannya mengikut lunas-lunas Perlembagaan. Saya tiada masalah secara peribadi selagi proses demokrasi dan Perlembagaan dipatuhi,” katanya ringkas.
Sementara itu, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Telok Intan mengesahkan usul tersebut dibawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan diserahkan kepada Dewan Rakyat pada petang Jumaat (26 Jun) lepas.

Kor Ming sebelum ini dilaporkan berkata, beliau akan menghormati keputusan yang dibuat Dewan Rakyat sama ada mahu beliau dan Mohamad Ariff terus kekal atau melepaskan jawatan mereka mengikut perlembagaan dan peraturan Parlimen.

Topik Hangat

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Berita Berkaitan

Lawatan Rasmi Hishammuddin Ke Brunei Atas Undangan Sultan Hassanal Bolkiah

CYBERJAYA - Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Brunei Darussalam bermula semalam hingga hari ini. Kementerian Luar dalam...

ASEAN Perlu Lebih Proaktif Bantu Pulih Keadaan Di Myanmar – Hishammuddin

KUALA LUMPUR - ASEAN perlu memainkan peranan yang lebih proaktif bagi menyumbang ke arah pemulihan Myanmar agar kembali ke situasi normal, kata Menteri Luar...

Wanita Mengandung Perlu Dapatkan Nasihat Doktor Untuk Terima Vaksin Covid – Dr Adham Baba

PUTRAJAYA - Wanita mengandung boleh menerima suntikan vaksin COVID-19 namun perlu mendapatkan nasihat doktor serta pakar masing-masing bagi mengetahui risiko daripada proses vaksinasi, kata...