Cawangan Pertama Taco Bell Akan Dibuka Di Petaling Jaya

- Advertisement -

Jika sebelum ini anda hanya mendengar nama restoran ini di dalam filem Hollywood, tidak lama lagi anda berpeluang untuk merasai sendiri kesedapannya.

Taco Bell akhirnya akan membuka cawangan rasmi mereka di Malaysia di Tropicana Gardens Mall. Berita itu diumumkan di laman Twitter Tropicana Gardens Mall dan rata-rata netizen tidak sabar untuk menantikan pembukaan cawangan Taco Bell ini.

Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives

Tropicana Gardens Mall ini terletak berdekatan Sunway Giza di Kota Damansara yang boleh diakses mudah dengan MRT Surian.

Taco Bell merupakan restoran fast-food Amerika Syarikat yang menawarkan menu terkenal Mexico seperti taco, burritos dan quesadillas. Yum! Brands (pengendali jenama KFC dan Pizzahut di Malaysia) adalah syarikat yang membawa masuk Taco Bell untuk pasaran Malaysia.

Taco Bell merancang untuk meluaskan cawangan mereka di Asia Tenggara. Pada awalnya, Taco Bell mahu membuka cawangan di Indonesia pada bulan April tetapi masih beroperasi.

Jangkakan lebih banyak cawangan Taco Bell di Malaysia tetapi jika anda tidak sabar untuk mencubanya, boleh ke cawangan pertama mereka di Tropicana Gardens Mall tidak lama lagi.

THE VOCKET

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat