Nazri harap Anwar tak pujuk Rafizi, ramai lagi bakat boleh ditonjol

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mereka yang tewas dalam pemilihan parti sewajarnya meletak jawatan sebagai menteri

Veteran politik Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz beranggapan Datuk Seri Rafizi Ramli memang sepatutnya melepaskan jawatan dari Kabinet.

Beliau juga menegaskan, mereka yang tewas dalam pemilihan parti hanya perlu maklum secara ringkas meletak jawatan menteri bukan membuat kenyataan media seolah-olah berbangga dengan jawatan yang disandang sebelum ini dan cuba untuk membuka ruang agar ada yang merayu supaya tidak berhenti.

“Dalam bahasa Inggeris ia disebut it’s a given, anda perlu berhenti kerana kalah dalam pemilihan.

“Tidak perlu buat kenyataan berjela-jela seperti hanya anda yang paling bagus bila pegang menteri.

“Buat kenyataan panjang lebar selalunya ada muslihat mahu dipujuk agar tidak letak jawatan.

“Saya harap PMX tidak rayu kerana ia akan jadi advantage pula kepada yang mahu berhenti ini.

“Biarkan sahaja kerana ada ramai lagi yang berbakat boleh ditonjolkan,” lapor Astro Awani pada Khamis.

Bekas duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat itu turut menempelak Rafizi dalam isu sokongan orang Melayu terhadap Kerajaan Perpaduan.

Tegas beliau, Rafizi merupakan punca kenapa orang Melayu masih tidak dapat menyokong kerajaan sedia ada.

“Kerana dia gagal sebagai Menteri Ekonomi maka orang Melayu tidak beri sokongan kepada kerajaan.

“Orang Melayu meluat kerana sebelum jadi kerajaan dia banyak formula tetapi bila jadi menteri, satu formula pun tidak ada,” katanya lagi.

Pada Rabu, Rafizi mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Ekonomi susulan kekalahannya pada pemilihan pimpinan PKR baru-baru ini.

Rafizi tewas kepada Nurul Izzah Anwar dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

“Saya ucap tahniah kepada Nurul Izzah atas kemenangan dan beliau memang layak untuk jawatan tersebut.

“Pengalaman yang dilaluinya dan usia remaja yang dihabiskan dalam perjuangan parti membuatkan beliau layak untuk jawatan tersebut,” katanya.

Sementara itu, mengulas kenyataan Rafizi dalam kempennya sebelum ini bahawa ketika menjadi anggota Kabinet, banyak keputusan kerajaan yang tidak dipersetujui tetapi perlu akur kerana terikat dengan keputusan bersama, Nazri menegaskan itu hanya alasan semata-mata.

“Saya pernah jadi menteri selama 19 tahun dan benar keputusan Kabinet merupakan keputusan bersama.

“Saya tak nafikan perkara itu, tetapi kalau Rafizi kata dia seorang yang berprinsip, dia boleh letak jawatan kerana tidak setuju dengan keputusan kerajaan.

“Yang dia cakap dalam kempen baru-baru ini tidak lebih dari nak kata dia bagus dari orang lain,” kataya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat