Cuma letak jawatan, kami tak akan khianat PKR – Nik Nazmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nik Nazmi Nik Ahmad dan Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan mereka berdua tidak akan sesekali mengkhianati PKR.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu sebaliknya memberi pencerahan bahawa beliau dan Rafizi hanya meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet memandangkan tidak lagi mempunyai mandat parti setelah kalah pemilihan PKR.

“Kami (Nik Nazmi dan Rafizi) letak jawatan.

“Kami tak akan khianat parti,” tulis Nik Nazmi di X.

Dipercayai penegasan beliau itu susulan sebaran fitnah di media sosial yang mendakwa 11 Ahli Parlimen PKR akan menarik sokongan kepada Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.

Nik Nazmi semalam meletak jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar selepas gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR bahkan turut gagal mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Setiawangsa dalam pemilihan peringkat cabang bulan lalu.

Sementara itu, Rafizi turut meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat