TDM 2 Divisyen tahan 5 PATI warga Myanmar ceroboh sempadan negara

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUALA NERANG – Cubaan 5 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar cuba menyeludup masuk ke negara ini menerusi sempadan Malaysia-Thailand gagal, apabila mereka ditahan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dari Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) pada Isnin.

Dalam tangkapan itu, PATI terbabit ditahan di sempadan di sini kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Menerusi kenyataan 2 Divisyen, memaklumkan kejadian berlaku di sektor kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) di sini.

Menurutnya, anggota tentera yang melaksanakan rondaan bermotosikal telah mengesan dan menahan sekumpulan orang awam dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan berdekatan sempadan Malaysia-Thailand.

Katanya, hasil pemeriksaan yang dilakukan, pihaknya mendapati kelima -lima mereka adalah PATI warganegara Myanmar terdiri daripada 4 lelaki dan seorang perempuan berumur dalam lingkungan 22 hingga 42 tahun.

Kesemua suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan cuba menceroboh masuk ke Malaysia melalui laluan haram di sempadan.

“Turut dirampas adalah lima buah telefon bimbit, ubatan-ubatan dan wang tunai dalam matawang Malaysia, keseluruhannya dianggarkan bernilai RM 3,485.

“Kesemua suspek telah diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan TDM yang menjalankan operasi akan terus memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan khususnya kemasukan PATI,” katanya. – Suara.TV

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat