KPDN tumpaskan aktiviti seleweng diesel subsidi, seorang lelaki ditahan

- Advertisement -

SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris hasil serbuan di sebuah stesen minyak di Jalan Tampin, di sini, semalam.

Pengarahnya, Muhammad Zahir Mazlan, berkata hasil serbuan itu, pihaknya merampas 2,200 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM4,730.

Katanya, turut disita membabitkan sebuah motolori, tangki IBC kapasiti 1,000 liter sebanyak enam unit, satu unit pam elektrik, satu unit motor pam dan satu hos getah yang menjadikan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM20,630.

“Hasil dari risikan, telah berjaya mengesan pergerakan mencurigakan sebuah motolori jenama Nissan sedang mengisi minyak di stesen minyak berkenaan.

“Anggota serbuan telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 47 tahun kerana disyaki berurusan dengan barang kawalan berjadual tanpa lesen atau permit yang sah yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kertas siasatan dibuka dan siasatan dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel berkenaan. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat