Serangan di Rafah tragis namun bukan operasi skala besar – AS

- Advertisement -

WASHINGTON- Amerika Syarikat (AS) pada berkata mereka sedang memantau dengan teliti siasatan ke atas serangan udara tragis dan terkutuk rejim Israel sehingga membawa maut.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby, bagaimanapun kematian yang tercetus di Rafah baru-baru ini tidak dianggap sebagai satu operasi ketenteraan berskala besar yang melampaui batas.

“Kami masih tidak percaya bahawa operasi darat besar di Rafah adalah wajar. Kami masih tidak mahu melihat Israel merempuh sebahagian besar Rafah.

“Kami percaya ia tidak akan berlaku namun kami akan perhatikan perkara itu,” katanya.

Kematian di Rafah baru-baru ini menguji komitmen Presiden Joe Biden untuk menghentikan penjualan senjata kepada Israel jika sekutunya meneruskan operasi ke atas Rafah.

Kirby berkata bahawa terdapat ancaman bahaya untuk Israel menjadi lebih terasing daripada komuniti antarabangsa sekiranya rejim itu masih ingkar melakukan lebih banyak operasi ketenteraan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat