KKSY anjur aktiviti CSR, Semarak Ramadan

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Seramai 450 orang pelajar dan 70 kakitangan Kolej Komuniti Selayang (KKSY) bersama-sama dalam aktiviti Semarak Ramadan bagi menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di sini pada Rabu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh KKSY, pengisiannya dimulai dengan aktiviti merewang menyediakan juadah, bacaan khatam al-Quran, berbuka puasa dan solat tarawih berjemaah.

Pihaknya menyediakan juadah berbuka puasa sebanyak 400 pek bubur lambuk, 500 pek juadah berlauk asam pedas ayam, kentang soo hoon kicap dan lain-lain kemudiannya diedarkan kepada semua pelajar, kakitangan serta agensi sekitar institusi ini.

Menurutnya, aktiviti ini memberi nilai tambah dalam melahirkan pelajar yang holistik, seimbang dan berdaya saing di samping memberi pendedahan secara langsung kepada mereka dalam menguruskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Aktiviti ini melibatkan semua program hospitaliti dan kreatif di KKSY bagi memberi peluang kepada semua pelajar merasai sendiri pengalaman merewang dan menyediakan juadah dalam kuantiti yang besar dalam masa yang singkat,” katanya.

Menurutnya, bagi pelajar yang mengikuti program kreatif pula, sesi membungkus makanan ini memberi peluang kepada mereka menyediakan pelekat untuk ditampal di bekas makanan.

Ianya merupakan salah satu cara buat pelajar menggunakan bakat, kemahiran dan kreativiti mereka.

Ujarnya, aktiviti yang dijalankan ini juga adalah inisiatif kepada pelajar generasi kini menghayati aktiviti rewang sewaktu berpuasa dan menekankan perkembangan mental, emosi serta sosial dalam kalangan pelajar KKSY.

“Semarak Ramadan ini adalah aktiviti tradisi setiap tahun di samping memberi pendedahan kepada pelajarnya mewujudkan ukhuwah dan mengeratkan hubungan silaturahim bersama kakitangan KKSY dalam menjaga keharmonian institusi ini,” katanya lagi.

Turut hadir Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen; Pengarah KKSY, Dr Noriah Abdul Malek; Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohd Montazeri Nordin; Ahli MPS Ahmad Zahiri Zahid Sofian dan wakil Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat