Atta Halilintar terima bungkusan wang tunai

Jakarta: ‘Prank’ atau cerita benar? Itulah persoalannya mengenai video yang dimuat naik YouTuber popular Indonesia, Atta Halilintar yang dikejutkan dengan kiriman wang daripada individu tidak dikenali, baru-baru ini sebagai hadiah perkahwinannya dengan Aurel Hermansyah pada 3 April ini.

Atta menerusi saluran YouTube mendedahkan dia menerima dua bungkusan plastik sampah yang dipenuhi dengan not Rp50,000 dan Rp100,000.

Dalam video itu, pada mulanya Atta kelihatan sedang membuka kotak hadiah perkahwinan daripada rakan-rakannya yang antaranya mengandungi lukisannya bersama Aurel dan kaligrafi ayat suci al-Quran.

Namun, Atta dikejutkan dengan kakitangannya yang tiba-tiba membawa masuk dua bungkusan plastik sampah yang disertakan dengan nota ‘Hadiah Pernikahan Bro Atta Halilintar’.

Apabila dibuka mereka terkejut kerana ia berisi dengan wang tunai yang cukup banyak.

Atta juga keberatan menerimanya kerana tidak percaya ada individu sanggup memberikan wang yang banyak sebagai hadiah perkahwinannya.

Dia membuat keputusan memeriksa kamera litar tertutup (CCTV), namun wajah individu yang meletakkan bungkusan itu tidak kelihatan. Dia hanya kelihatan meletakkan dua bungkusan wang itu di depan pagar rumah Atta.

Atta seterusnya menghubungi keluarga terdekat dan rakan-rakannya sekiranya mereka berbuat demikian.

Dia juga menghubungi Koh Welly dari hotel tempat mereka berkahwin nanti dan pengacara, Hotman Paris, namun mereka menafikan berbuat demikian.

Atta juga menghubungi bakal isterinya untuk bertanyakan perkara ini.

“Boleh buat bekalan ke Dubai kerana di sana kosnya tinggi,” kata Atta kepada kekasihnya.

Selepas berkahwin pasangan ini merancang berbulan madu ke Dubai.

Aurel pula berterima kasih kepada pengirim wang ini.

“Ya Allah rezeki, ya Allah terima kasih siapa pun yang mengirimnya,” katanya menerusi telefon.

Atta mengambil keputusan menyimpan wang ini di rumahnya terlebih dahulu dan mahu mengetahui sumber wang terbabit dan siapa pengirimnya.

Agensi

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Apple bakal perkenal generasi iPad baharu Selasa ini

Pengeluar peranti pintar terkemuka, Apple bakal mengadakan acara pertamanya untuk tahun ini yang bertemakan 'Spring Loaded' pada Selasa ini. Ia adalah majlis pertama untuk Apple...

Artis serba boleh

MESKIPUN penularan Covid-19 dalam negara sejak tahun lalu, menghalang kebanyakan penyanyi terbabit dengan aktiviti persembahan, ia tidak mematahkan semangat penyanyi Atilia Haron untuk terus...

2.7 juta tonton konsert BTS

Seoul: Lebih 2.7 juta menonton konsert kumpulan BTS, BANG BANG CON 2021 di seluruh dunia yang berlangsung secara maya, kelmarin. Agensinya, Big Hit Music mengumumkan...