Amazfit T-Rex Pro sesuai dengan aktiviti ekstrim

Penggiat sukan lasak sering berdepan dengan kesukaran mencari ‘gear’ dan aksesori bersesuaian dengan ‘atmosfera’ ekstrim tatkala melakukan aktiviti di luar.

Namun berbeza buat mereka yang mengenakan edisi jam tangan sukan Amazfit T-Rex Pro oleh Amazfit, apabila dijangka memberi pengalaman memuaskan berdasarkan reputasi ‘gear’ berkenaan yang melepasi 15 ujian bertaraf ketenteraan.

Inovasi siri ini menampilkan banyak ciri terbaru lebih baik daripada edisi sebelumnya, Amazfit T-Rex yang turut memenangi anugerah tahun lalu.

Bukan saja dilengkapi dengan sistem penjejak terkini, beberapa fungsi tambahan dimuatkan dalam rekaan Amazfit T-Rex Pro;

1. Ketahanan air sehingga 10 ATM (berbanding 5 ATM) menjadikan ia ‘gear’ yang ideal untuk melakukan aktiviti sukan air termasuklah berenang, belayar, meluncur air mahupun dalam cuaca hujan yang lebat.

2. Memiliki ketahanan bateri 390mAh sehingga 18 hari dengan penggunaan tipikal.

3. Mencakupi kriteria jam sukan sangat fleksibel kerana ia mempunyai kesesuaian laras hingga 100 (mode) jenis aktiviti bersukan dan dilengkapi dengan sistem pemantauan kandungan oksigen dalam darah.

4. Kecanggihan sistem satelit navigasi global dimiliki ‘gear’ ini menawarkan sehingga empat pilihan dan turut dimuatkan ialah altimeter barometri yang mampu merekod ketinggian apabila melakukan aktiviti pendakian.

5. Pengukur degupan jantung menggunakan sensor optik BioTracker 2 PPG baru lebih tepat dalam memantau kadar degupan jantung selain mampu menjejak kadar perubahan degupan jantung sekali gus memberi reaksi tindak balas pemakai terhadap stres.

6. Skrin pelayar bulat AMOLED 1.3 inci dengan resolusi piksel 360 X360. Sarung luar diperbuat dari polikarbonat selain kancing daripada logam serta tali diperbuat daripada silikon yang lembut.

Dengan ciri menarik berkenaan Amzfit T-Rex Pro dijangka mula berada di pasaran 24 Mac menerusi pembelian secara tempahan (kuantiti terhad) pada harga RM659 sementara bagi jualan terbuka pula bermula 4 April di Amazfit Official Store Shopee atau Dasher Online Store.

Harian Metro

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan...

Berita Berkaitan

Langgar SOP: ‘Awie Sudah Bayar Denda’ – Pengurus

KUALA LUMPUR: Datuk Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie sudah membayar denda terhadap kesalahannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 baru-baru ini. Perkara...

Ramai Instafamous tak berbakat dalam lakonan

Kuala Lumpur: Penerbit Jaja Ishak tidak bersetuju dengan trend pempengaruh (instafamous) yang dipilih sebagai pelakon. Jaja berkata, dia seboleh mungkin cuba mengelak kerana ramai lagi...

Terima kasih bantu Khalis

Kuala Lumpur: "Alhamdulillah banyak pihak perubatan Islam yang bantu dengan rawatan secara jarak jauh. Juga iringan doa daripada sahabat dan peminat serta rakyat Malaysia, keadaan...