Sukar jadi diri sendiri dalam politik, akui KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan cabaran terbesar beliau dalam berpolitik adalah sukar untuk menjadi diri sendiri.

Bekas Menteri Kabinet itu mengakui platform podcast Keluar Sekejap telah memberi pengalaman yang hebat kerana beliau akhirnya boleh menjadi diri sendiri.

Khairy menyatakan apabila menjadi sebahagian parti politik dalam konteks “khemah besar” beliau terpaksa menjinakkan idea dan keinginan diri sendiri hanya kerana ingin berada dalam satu pasukan secara tidak langsung ia memberi kesan kepada dirinya.

“Salah satu cabaran terbesar yang kami lalui dalam arena politik adalah untuk menjadi diri sendiri.

“Tapi dengan idea Keluar Sekejap ini, kami dapat menjadi diri sendiri.

“Kenyataan saya ini tidaklah bermaksud bahawa saya berpura-pura dalam berpolitik selama ini. Tetapi apabila anda berada dalam politik, politik itu sendiri terutama politik kepartian, memerlukan anda mematuhi sedikit sebanyak,” ujar Khairy.

Pun begitu, tegas Khairy ini tidak bermaksud beliau enggan menerima disiplin dalam parti politik.

“Saya percaya politik kepartian, parti politik perlu ada disiplin.

“Tetapi pada masa yang sama, ia memberi kesan kepada orang yang percaya kepada perkara-perkara, yang mempunyai idea dan kadang-kadang idea-idea itu mungkin bertentangan .

“Jika anda cukup bernasib baik untuk menganggotai parti politik yang merupakan khemah besar, dan mempunyai pemimpin yang baik hati yang menerima perbezaan pendapata tersebut, tidak mengapa.

“Tetapi jika anda mempunyai seseorang (pemimpin) yang kurang bertolak ansur dengan kepelbagaian pandangan, kurang bertolak ansur dengan mavericks (penentang) yang mungkin ingin melakar jalan mereka sendiri, yang membawa banyak cabaran,” kata beliau.

Khairy menyatakan beliau memetik kata-kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Noor yang sebelum ini pernah mengatakan hanya menjadi diri sendiri

Sanusi memberitahu ‘Be myself’ (jadi diri sendiri), ‘I be myself’ (saya jadi diri sendiri), orang tua-tua juga pesan ‘be yourself’. Tak payah berlakonlah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat