ATM buat pembelian kecemasan 55 enjin bot -Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mendepani cuaca buruk dan bencana banjir, Kementerian Pertahanan telah membuat pembelian kecemasan sebanyak 55 unit Outboard Motors (OBM) atau enjin bot.

Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein berkata, pembelian kecemasan enjin bot berkenaan bertujuan menampung penggunaan enjin bot Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia ada yang digunakan tanpa henti sejak hari pertama banjir melanda.

“Seperti saya maklum kelmarin, Kementerian Pertahanan Malaysia telah membuat pembelian kecemasan sebanyak 55 unit Outboard Motors (OBM) atau enjin bot.

“Ia bagi menampung penggunaan enjin bot Angkatan Tentera Malaysia sedia ada yang digunakan tanpa henti sejak hari pertama banjir melanda,” ciap beliau di Twitter pada Selasa.

Kesemua 55 unit enjin bot baru tersebut telah sampai dan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh ATM bagi meningkatkan keupayaan operasi terutama memindahkan mangsa banjir serta menghantar makanan dan barang keperluan di kawasan-kawasan di mana banjirnya masih belum surut,” kata Hishammuddin.

Jelas beliau lagi, enjin bot tambahan ini juga mengukuhkan lagi kesiapsiagaan ATM bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir dalam masa terdekat.

Sebelum ini Hishammuddin memberitahu satu batallion telah diletakkan dalam keadaan bersiap siaga di setiap negeri untuk diatur gerak ke lokasi terjejas banjir apabila terdapat keperluan.

Katanya beliau juga menerima laporan berhubung situasi di mana bot-bot ATM terpaksa digunakan tanpa henti di kawasan-kawasan yang terjejas.

Susulan itu ujarnya, MINDEF telah berhubung secara terus dengan pihak Kementerian Kewangan (MOF) bagi membuat pembelian kecemasan sebanyak 55 unit Outboard Motors (OBM).

“Alhamdulillah, permohonan ini telah diluluskan oleh pihak MOF,” katanya pada Ahad.

Setakat 25 Disember, ATM telah mengatur gerak 998 pegawai dan anggota dari seluruh perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), selain 96 aset pelbagai jenis dan berjaya memindahkan 32,661 mangsa banjir ke PPS.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat