Ketua Dewan Pemuda PAS Dilantik Senator

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin dilantik Senator Dewan Negera setelah diperkenankan YDP Agong, Al-Sultan Abdullah.

Beliau telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim pagi tadi.

Khairil Nizam, 41, berkelulusan sarjana muda dan sarjana dari Universiti Teknologi Petronas. Beliau juga adalah Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang baru dilantik pada bulan lepas.

Menerusi kenyataan facebooknya, Khairil Nizam bersyukur atas perlantikan tersebut dan menegaskan perlantikan ini bukanlah untuk dibanggakan sebaliknya amanah yang cukup berat untuk dilaksanakan.

Image may contain: 1 person, sitting, text that says "PARLIMEN MALAYSIA"

“Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden PAS, YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang dan kepimpinan parti kerana memberi kepercayaan kepada diri saya yang mewakili Pemuda PAS untuk membawa agenda belia diperingkat legislatif negara. InsyaAllah saya akan berusaha sedaya upaya memikul tanggungjawab yang besar ini.

“Saya juga berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Perikatan Nasional yang turut memberi sokongan moral atas pelantikan ini. Sokongan ini merupakan satu peluang besar yang akan dimanfaatkan untuk memperjuangkan polisi dan solusi bagi permasalahan semasa yang melibatkan belia negara khususnya,” katanya.

Didalam kenyataan tersebut, beliau akan memfokuskan dan memperjuangkan isu kemenjadian jati diri yang melingkari kehidupan anak muda Malaysia seperti keberkesanan sistem pendidikan diperingkat menengah dan tertiari (tertinggi), pengurangan pengangguran anak muda yang memberi perhatian kepada penjanaan peluang pekerjaan, penambahan nilai pekerjaan dan peningkatan produktiviti serta upah gaji.

Selain itu ujarnya lagi, kesejahteraan hidup anak muda iaitu pengukuhan tanggungjawab anak muda kepada pembangunan masyarakat dan pembinaan negara bangsa, katanya.

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi dan barisan EXCO-nya mengucapkan tahniah di atas pelantikan Ir Ts Khairil Nizam sebagai Senator yang Dewan Negara yang baharu.

“Sekalung tahniah buat sahabat saya YB Senator Ir Ts haji Khairil Nizam Khirudin ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia atas perlantikan sebagai Ahli Dewan Negara. Moga dapat melaksanakan amanah ummah dengan cemerlang!”, kata Asyraff Wajdi. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat