KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutus takziah kepada keluarga taikun telekomunikasi negara Tan Sri T Ananda Krishnan.
Kata Anwar, sumbangan mendiang dalam dunia korporat, filantropi (dermawan) dan kemasyarakatan pasti akan terus diingati.
“Terima perkhabaran pemergian mendiang Ananda Krishnan hari ini.
“Saya utus takziah buat keluarga mendiang dan semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini.
“Sumbangan mendiang dalam dunia korporat, filantropi dan kemasyarakatan pasti akan terus diingati,” ucap Anwar dalam hantaran di Facebooknya pada Khamis.
Ananda Krishnan meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun pada 28 Nov 2024.
Anak kelahiran Brickfields Kuala Lumpur itu terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk minyak, peternakan kuda di Australia, studio kartun Hollywood, telekomunikasi, multimedia, perkapalan, tenaga dan hartanah yang majoriti syarikatnya beroperasi di Asia Tenggara.