Ismail Sabri pernah tolak guna kenderaan kalis peluru disediakan kerajaan

- Advertisement -

TIOMAN – Bukan cuma Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjimat cermat menggunakan wang rakyat, sebelum ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga melakukan perkara sama.

Bekas Pengarah Bahagian Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Datuk Ruhaidini Abd Kadir berkongsi penjimatan yang pernah dilakukan Ismail Sabri sewaktu menjawat jawatan itu sebelum ini.

“Keputusan Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk menggunakan kenderaan rasmi (import) yang baru bukan perkara luar biasa.

“Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga pernah menolak untuk menggunakan kenderaan kalis peluru yang disediakan kerajaan untuk beliau,” kongsi Ruhaidini dalam catatan di Facebooknya pada Ahad.

Menurut beliau, sepanjang bergelar Perdana Menteri, Ismail Sabri lebih selesa menggunakan kenderaan jenis MPV yang telah digunakan oleh pentadbiran terdahulu.

Bahkan kata Ruhaidini lagi, Ismail Sabri juga enggan meluluskan permohonan untuk mengubahsuai pesawat khas (Perdana 1) bagi kegunaan rasmi Perdana Menteri.

“Ismail Sabri juga terus tinggal di rumah peribadi dan memilih untuk tidak berpindah ke Seri Perdana, meskipun kediaman rasmi Perdana Menteri telah indah diubah suai,” katanya lagi.

Baru-baru ini, Anwar Ibrahim menolak menggunakan kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli oleh Jabatan Perdana Menteri sebelum beliau memasuki pejabat.

Kata beliau, langkah tersebut diambil kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat untuk dirinya.

Sebelum ini, Anwar juga mengingatkan semua anggota Kabinet yang bakal dilantik tidak lama lagi supaya tidak membazirkan wang kerajaan bagi perbelanjaan tidak perlu, terutama untuk kerja baik pulih pejabat masing-masing.

Perdana Menteri berkata, anggota Kabinetnya juga diingatkan tidak menggunakan peruntukan kerajaan bagi kemudahan peribadi, sebaliknya ia perlu diutamakan bagi mengatasi lonjakan kos sara hidup dihadapi rakyat ketika ini.

Beliau yang mengumumkan tidak akan mengambil gajinya sebagai Perdana Menteri, antara lain menasihati bakal anggota Kabinet supaya sentiasa berjimat dengan lebihan peruntukan itu perlu dipulangkan kepada golongan susah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat