“Susah kami nak cari ganti wakil rakyat sebaik JJ”

- Advertisement -

ROMPIN- Selepas pemergian Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, rakyat di Rompin masih tercari-cari figura seorang wakil rakyat yang benar-benar baik budinya terhadap rakyat.

Namun, sehingga kini mereka masih belum menemui seorang tokoh yang sebaik Allahyarham bekas ahli Parlimen Rompin itu dan ternyata kehilangan beliau tiada galang gantinya.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama demikianlah peribahasa Melayu yang menggambarkan betapa mulianya pandangan rakyat di Rompin terhadap insan yang bernama Jamaluddin Jarjis atau lebih mesra di sapa JJ.

Jamaluddin terkorban dalam nahas helikopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4 April 2015 yang mengorbankan kesemua lima lagi mangsa yang lain dan kehilangan beliau itu amat memberi kesan kepada rakyat di Rompin.

Menurut rakyat di Rompin, Jamaluddin seorang pemimpin yang sangat disenangi oleh setiap lapisan masyarakat.

Allahyarham tidak kekok bergaul mesra dengan orang kampung, malah setiap kali pulang ke kawasan beliau akan bermalam di rumah-rumah peneroka di Felda tanpa mengira daripada parti mana.

Ketua Peneroka Felda Selendang, Muhammad Ibrahim berkata, sekiranya JJ masih ada lagi, mungkin Barisan Nasional (BN) tidak berdepan detik sukar seperti yang dialami ketika ini.

“Jika kita nak banding, kalau Allahyarham adala lagi kita takkan ada masalah macam ni. Walaupun sesekali balik, cara dia turun lain, sebab itu dia dihormati di mana-mana baik orang kita mahupun pembangkang.

“Cara dia mendekati rakyat lain daripada lain, dia tidur rumah pembangkang pun ada belah Felda Keratong. Dia suka macam tu ada yang dia jadikan bapa angkatlah. Kadang-kadang bapa angkat ada anak buah dia jadi dia malu alah di situ sebab dia selalu tidur rumah orang tu pendekatan dia lain, dia pandai (ambil hati).

“Kita berurusan pun senang sangat, mesra bahkan dari segi bajet pun dia mudah. Dulu walaupun dia jadi duta tinggal di Amerika Syarikat, SMS saja dia faham. Okay beres yang penting program mesti jalan.

“Kita habis berapa, sekejap saja dia masukkan duit ganti, selesai masalah tak perlu tunggu-tunggu tangga birokrasi,” kongsi Muhammad.

Bahkan kata Muhmamad lagi, kehilangan Jamaluddin sangat berbekas di hatinya kerana kebaikan budinya terhadap rakyat.

“Semua orang kenal JJ, malah musuh pun malu alah dengan dia, dia mudah. Dia juga menghormati saya kerana dia tahu, saya buat kerja untuk dia.

“Saya masih sangat terasa kehilangan dia,” luahnya lagi.

Sementara itu, rata-rata penduduk kampung sekitar Rompin-Tioman menggambarkan Allahyarham Jamaluddin sebagai wakil rakyat yang sangat prihatin dan baik hati.

Kata mereka apa yang paling diingati, jika mendapat sahaja perkhabaran kematian pasti beliau akan aturkan semua urusan pengebumian sehingga selesai.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat