“Sudahlah Tubuh Kerajaan Minoriti, Bersekongkol Pula Dengan Perompak” – Hadi Bidas Anwar

- Advertisement -

TIOMAN – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertikai kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kerana menubuhkan kerajaan minoriti malah bersekongkol dengan perompak harta negara demi mencukupkan jumlah kerusi Parlimen.

Ahli Parlimen Marang itu malah mempersoalkan, kerajaan minoriti yang ditubuhkan Anwar tidak tahu cukup syarat atau tidak.

“Kita tak tahulah yang jadi ketua kerajaan minoriti ini cukup syarat ke tidak tak tahu, bekas dihukum oleh mahkamah kerana kesalahan-kesalahannya dan diminta pengampunan. Kalau dia tak salah mengapa minta pengampunan ?Ini boleh jadi ketua negara?

“Kemudian dalam ucapan-ucapan pula nak tentang rasuah, nak tentang salah guna kuasa, nak tentang itu ini …nak tentang perompak harta negara tapi sekarang ini cuba bersengkokol dengan mereka yang macam itu dalam kerajaan kerana nak mencukupkan jumlah.

“Ini satu penipuan terhadap rakyat, rakyat mesti balas penipuan ini jangan biarkan, ini satu kemungkaran yang besar. Kita mesti lawan,” seru Hadi ketika menyampaikan ceramah umum di Pianggu sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tioman, malam tadi.

Justeru beliau menyeru pengundi di Tioman harus memberi pengajaran dengan memilih calon Perikatan Nasional (PN).

“Saya harap penduduk Tioman dapat mengajar rakyat Malaysia seluruhnya dengan terus memilih calon Perikatan Nasional.

“Begitu juga di Padang Serai tolak parti semua boleh, jahanam kita tak boleh biar,” tegas Hadi lagi.

Beliau dalam pada itu memberitahu, PAS masih sayangkan rakan-rakan dalam Umno kerana masih ada lagi pemimpin yang bersih dan bermoral.

Malah Hadi menolak dakwaan kononnya Umno menolak kerjasama dengan PN di Pahang kerana ada tanggapan kononnya PAS mahu membunuh Umno.

“Tuduhan PAS nak bunuh Umno di Pahang itu mengarut. Dulu sewaktu kita bekerjasama di bawah Muafakat Nasional (MN), Kerajaan Kelantan ambil wakil rakyat Umno jadi Exco, tapi sekarang Umno terkam DAP kenapa?

“DAP pula tuduh PAS Taliban, saya nak bagi pantun kepada DAP “dari Terengganu pergi Seremban, sambil bawa kayu tempinis, kamu kata kami Taliban dalam kamu ada komunis,” bidas Hadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat