PM Buat Lawatan Rasmi Pertama Ke Singapura Esok

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi pertama beliau ke Singapura esok, 29 Nov, bagi memenuhi jemputan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata lawatan itu juga adalah sempena pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara Malaysia dan Singapura melalui udara dan sempadan darat.

Menurutnya Ismail Sabri dijadualkan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob dan bermesyuarat dengan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong.

“Kedua-dua pemimpin akan berbincang mengenai kerjasama dua hala Malaysia-Singapura, termasuk mengenai peluang-peluang kerjasama baharu, terutama dalam usaha-usaha pemulihan daripada kesan pandemik COVID-19. Kedua-dua Perdana Menteri juga akan saling bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra berkata lawatan itu akan dilaksanakan dengan pematuhan penuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan Singapura.

Menurutnya Ismail Sabri akan diiringi oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad serta pegawai-pegawai kerajaan daripada kementerian dan agensi yang berkaitan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat