4,239 Kes Baru Covid, Hanya 73 Kes Kategori 3, 4 dan 5 – KP Kesihatan

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Malaysia terus merekodkan pertambahan tiga kluster Covid-19 baharu selepas semalam, mencatatkan lapan kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan tiga kluster itu menjadi keseluruhan kluster aktif sebanyak 228 kluster.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 4,239 kes berbanding semalam, 5,097 kes sekali gus diatasi 5,007 kes sembuh.

Katanya, sebanyak 511 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 261 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 4,239 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 73 kes (1.7 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala bakinya, 4,166 kes (98.3 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 40 kes berbanding kelmarin, 45 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 6 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,280 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak lapan daripada 40 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,124 kes. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat