Ada pemain industri tawar jual bawah RM10, KPDNHEP tak tetapkan harga siling kit ujian kendiri COVID-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ramai pemain industri menawarkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menjual kit ujian kendiri COVID-19 di bawah harga RM10.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata susulan penawaran dan advokasi dari pihak pemain industri, kementerian
tidak akan menetapkan harga siling bagi kit ujian kendiri COVID-19.

Harga kit berkenaan akan ditentukan pasaran selepas KPDNHEP mendapat jaminan daripada syarikat pengeluar bahawa kit berkenaan akan dijual dengan harga lebih murah berbanding harga siling RM19.90 ketika ini, termasuk menjualnya pada harga bawah RM10,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat yang diluluskan tanpa sebarang pindaan, pada Khamis.

Rosol memberitahu, kit kendiri COVID-19 itu akan dijual bukan saja di farmasi dan kedai ubat, tetapi akan diperluas ke pasar raya, kedai rangkaian dan stesen minyak dalam masa terdekat.

“Pada asalnya, kementerian bercadang untuk menentukan harga maksimum (kit ujian kendiri COVID-19), mungkin RM15 atau RM13, namun apabila ramai pemain industri datang dan beradvokasi dengan kita, ada yang tawarkan untuk menjualnya di bawah RM10.

“Jika dibenarkan dijual di pasaran terbuka yang diluluskan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), maka mereka boleh jual dengan harga lebih murah.

“Jadi, saya yakin menerusi komitmen dan janji yang dibuat pemain industri ini dan akan dikotakan pada akhir bulan ini. Jadinya kementerian beranggapan tidak perlu tentukan harga maksima, kita biarkan pasaran menentukan harganya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perihal Dagangan (Pindaan) 2021. RUU berkenaan diluluskan hari ini tanpa sebarang pindaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat