801 Kes Baru Covid, Sabah Catat Jangkitan Tertinggi 546 Kes – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 801 jangkitan baharu dilaporkan hari ini dengan menjadikan keseluruhan kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 29,441 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada angka keseluruhan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,123 kes.

Beliau berkata, daripada 801 kes itu, dua daripadanya kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu Iran dan Arab Saudi.

“Sabah mencatatkan sebanyak 546 kes (68.2 peratus) manakala Lembah Klang membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pula mencatatkan 103 kes (12.8 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes.

“Justeru, Sabah dan kawasan Lembah Klang ini menyumbang sebanyak 649 kes (81 peratus) daripada jumlah harian kes positif COVID-19 secara keseluruhan.

“Semua negeri terbabit juga masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya di sini, hari ini. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat