Bersatu Muar buat laporan polis terhadap Puad Zakarshi

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Muar akan membuat laporan polis ke atas Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi petang ini.

Menurut Setiausaha Bersatu Bahagian Muar, Edzhar Jasmary laporan polis tersebut dibuat berhubung kenyataan Puad yang mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletak jawatan.

“Satu laporan polis akan dibuat kepada Dr Puad Zarkashi berkenaan kenyataan beliau yang baru-baru ini mengingkari titah Duli Yang Maha Mulia YDPA supaya untuk menghentikan segala ‘politiking’.

“(Kenyataan tersebut) boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara dengan menghasut dan menggesa perletakkan jawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin Perdana Menteri Malaysia,” katanya melalui satu jemputan media yang dihantar ke SuaraTV sebentar tadi.

Menurut Edzhar laporan polis tersebut akan dibuat pada jam 5.00 petang ini di Balai Polis Muar.

Terdahulu Bersatu Bahagian Kluang, Sembrong dan Simpang Renggam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang ke atas Puad berhubung kenyataan tersebut.

Puad yang juga nerupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, menggesa Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan beliau untuk mengisytiharkan darurat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat