DAP sangkal jumpa Zahid, Najib untuk jatuhkan Muhyiddin – Anthony Loke

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memetik laporan Sinchew Daily, Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban menjelaskan bahawa dirinya tidak pernah berjumpa dengan Ahmad Zahid dan Najib dalam tempoh masa berkenaan.

“Saya tidak pernah berjumpa Ahmad Zahid dan Najib dalam masa berkenaan.

“Jadi tidak wujud kerjasama untuk menjatuhkan kerajaan Muhyiddin seperti yang didakwa,” kata Anthony memetik laporan akhbar Cina berkenaan.

Anthony yang juga bekas Menteri Pengangkutan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkata demikian apabila diminta mengulas spekulasi kononnya beliau pernah berjumpa dengan Ahmad Zahid dan Najib sebelum Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Selain daripada itu, tersebar juga ura-ura mendakwa bahawa DAP sanggup membantu Anwar menjadi Perdana Menteri walaupun tidak menerima apa-apa jawatan kelak.

Beliau bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya desas-desus politik tersebut.

Justeru, Anthony menegaskan, bahawa tiada mana-mana pemimpin DAP yang pernah berjumpa dengan Ahmad Zahid dan Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat