Mohamad Hasan, Hishamuddin antara nama yang disebut sebagai calon TPM

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein merupakan antara nama yang disebut sebagai calon Perdana Menteri.

Ia ekoran persetujuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberikan kerusi tersebut kepada UMNO bagi mengurangkan pergolakkan politik yang sedang melanda.

Terdahulu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dikatakan telah meminta UMNO untuk mengemukkan calon yang difikirkan sesuai sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sebelum ini, sumber dalaman UMNO memaklumkan telah mengemukakan seorang calon iaitu presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, Muhyiddin dikatakan tidak dapat menerima Ahmad Zahid sebagai timbalannya kerana Ahli Parlimen Bagan Datuk itu masih dibicarakan di mahkamah.

Majoriti 39 ahli Parlimen UMNO dikatakan berpihak kepada ahli Parlimen Bagan Datuk itu dan mahu beliau mengambil semula jawatan timbalan perdana menteri sebagai sebahagian daripada “syarat baharu” UMNO kerana terus menyokong kerajaan PN.

“Pilihan kami adalah Zahid kerana beliau berpengalaman, sebagai timbalan perdana menteri juga,” kata sumber tersebut.

Namun Muhyiddin dikatakan lebih cenderung untuk melantik Hishamuddin sebagai timbalan perdana menteri, kerana selesa bekerja dengan bekas naib presiden UMNO itu.

Bagaimanapun hasrat tersebut dikatakan tidak dipersetujui oleh sebilangan pimpinan UMNO kerana Hishamuddin tidak mempunyai sebarang jawatan di dalam kepimpinan parti.

Atas sebab itu, nama bekas menteri besar Negeri Sembilan itu disebut-sebut untuk mengisi kekosongan tersebut.

Sementara itu, ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz berkata tiada masalah siapa daripada UMNO yang akan ditawarkan jawatan berkenaan.

“Tidak semestinya Zahid. Kami faham jika tidak ditawarkan kepadanya kerana perbicaraannya sedang berlangsung.

“Kita mesti mencontohi Bossku (Najib Razak) yang tidak mahu memegang jawatan sehingga namanya dibersihkan. Apa yang penting timbalan perdana menteri dari Umno dan mewakili parti dan Barisan Nasional,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat