Bayaran pencen cecah RM46.6 bilion pada 2030 – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan menganggarkan pembayaran pencen akan mencecah RM46.6 billion pada tahun 2030.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bayaran pencen pada tahun lalu adalah sebanyak RM26.38 bilion sementara bayaran pencen pada 2010 adalah sebanyak RM9.88 bilion.

Ismail Sabri memberitahu, jumlah pembayaran perbelanjaan faedah persaraan itu meliputi pencen perkhidmatan, ganjaran perkhidmatan dan Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat.

“Unjuran pembayaran pencen untuk tahun 2030 adalah dianggarkan berjumlah RM46.6 billion.

“Kerajaan sedang memperhalusi Cadangan Skim Persaraan Baharu Perkhidmatan Awam bagi memastikan skim baharu ini akan mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan dalam jangka masa panjang dan pada masa yang sama memastikan kebajikan penjawat awam sentiasa terjamin,”katanya Dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen Malaysia

Beliau menjawab pertanyaan daripada Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang mahu tahu jumlah pembayaran pencen mengikut tahun dari 2010 hingga 2020 mengikut perundangan berkenaan pencen dan apakah unjuran untuk tahun 2030 selain usaha Kerajaan untuk menghadapi peningkatan pembayaran pencen tersebut untuk tahun-tahun akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat