Lebih 10,000 individu muflis sejak PKP, Selangor rekod paling tinggi – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak Mac 2020 hingga Julai 2021 akibat pandemik COVID-19 merekodkan seramai 10, 317 individu telah diisytihar muflis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata berdasarkan statistik Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), Selangor merekodkan jumlah individu tertinggi diisytihar muflis iaitu seramai 2,555 orang.

Katanya, Wilayah Persekutuan pula mencatatkan seramai 1,288 orang.

“Jumlah kes kebankrapan mengikut bilangan individu yang muflis dari Mac 2020 hingga ke Julai 2021 adalah sebanyak 10,317 kes,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam.

Ismail Sabri memaklumkan perkara itu menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah syarikat gulung tikar dan data pekerja diberhentikan serta bantuan disalurkan kepada pengusaha yang menamatkan perniagaan dan individu yang kehilangan pekerjaan sepanjang tempoh PKP.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, sebanyak 1,246 syarikat turut gulung tikar sepanjang tempoh berkenaan namun MdI tidak mempunyai rekod mengenai jumlah pekerja yang diberhentikan sepanjang tempoh PKP.

“Berdasarkan input daripada Kementerian Kewangan kerajaan tidak menyediakan bantuan khusus untuk peniaga yang menamatkan perniagaan, sebaliknya mengambil pendekatan memberi bantuan dan insentif untuk menyokong kelangsungan perniagaan mereka.

“Sehubungan itu, pelbagai program dan inisiatif dilaksanakan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi dan bantuan kewangan yang diumumkan dengan fokus untuk menyokong perniagaan mereka dan melindungi rakyat,” katanya.

Ismail Sabri berkata, antara program dan inisiatif itu adalah Geran Khas Prihatin, Program Subsidi Upah, pengecualian levi, moratorium pembayaran balik pinjaman, skim kredit mikro, elaun mencari pekerjaan, bantuan kehilangan pendapatan dan kemudahan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pada November 2020, Sebanyak 204 syarikat berkaitan pelancongan dan perhotelan ‘gulung tikar’ sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan antara Mac hingga Oktober 2020.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ia membabitkan 109 syarikat berkaitan penginapan dan perhotelan dan 95 syarikat berkaitan agensi pelancongan, tempahan serta aktiviti berkaitan dan ejen pelancongan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata 77 syarikat berkaitan penginapan dan perhotelan menamatkan perniagaan, manakala 32 lagi mengalami penggantungan oleh mahkamah atau sukarela.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat