Kuasa majoriti boleh nafikan hak kamu sebagai kerajaan dan menteri, Hilman beritahu Kor Ming

KUALA LUMPUR – Peringatan kepada Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming yang angkuh dan sombong, ‘hak’ adalah sesuatu yang dimiliki sebagai warganegara dan tidak boleh dinafikan kuasa majoriti, tegas Ketua Armada Bersatu Hilman Idham.

Adun Gombak Setia itu mengingatkan bahawa apa yang boleh dan akan dinafikan oleh kuasa majoriti adalah kedudukan kamu sebagai kerajaan dan menteri.

Justeru kata Hilman, Armada Bersatu bertegas bahawa sebarang cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) mestilah menepati semangat dan prinsip asas undang-undang dengan melindungi hak setiap individu, komuniti dan generasi akan datang.

“Armada Bersatu menyeru seluruh anak muda Malaysia khususnya kepimpinan sayap pemuda parti-parti politik dan NGO untuk segera bermuafakat dan menolak RUU URA yang mengancam masa depan kita.

“Pertahankan hak pemilikan dan masa depan rakyat,” seru Hilman.

Menurut beliau, anak muda adalah generasi masa hadapan sekali gus pewaris keluarga dan negara. Anak muda harus tegas mempertahan dan melindungi hak setiap warganegara sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

“Hari ini, masa depan seluruh anak muda Malaysia sedang terancam. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan begitu angkuh dan terus berdegil untuk membentangkan RUU URA untuk bacaan kali kedua di Parlimen.

“Walhal, cadangan RUU ini secara jelas telah mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang dan Kerajaan.

“RUU ini jelas tidak bersifat melindungi hak pemilikan rakyat sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan,” ujar Hilman.

Bahkan katanya, penurunan ambang persetujuan adalah rompakan hak rakyat secara terbuka. Pada masa yang sama, ianya turut bercanggah dengan beberapa akta sedia ada yang lain.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat