Genius Matematik Serah Borang Kepada Zahid Untuk Sertai UMNO

- Advertisement -

SLIM: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi, ketika berceramah di Slim dalam kempen pilihanraya kecil di kawasan itu, turut menerima borang penyertaan UMNO dari genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani.

Adi Putra yang lahir 27 Januari 1999, pernah menggemparkan negara dengan kemahiran Matematiknya pada usia yang sangat muda.

Beliau terkenal dengan kemahiran dan penyelesaiannya dalam pengajaran matematik menerusi algebra dan trigonometri.

Zahid malam tadi memberi ucapan sepentas dengan pimpinan UMNO, Pas & Bersatu untuk memenangkan calon BN PRK DUN Slim, Sdr Mohd Zaidi Aziz.

Kata beliau seperti dipetik dari akaun Facebooknya, “Semoga calon BN akan menang dengan selesa atas semangat kesepakatan ini pada 29 Ogos”.

“Muafakat Nasional adalah wadah politik baharu untuk rakyat pelbagai kaum di negara ini. MN untuk semua”, katanya lagi.

Kredit gambar: FB Ahmad Zahid

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat