Debat Secara Harmoni, Patuh Peraturan Mesyuarat -Speaker

Kenyataan Zahid Hamidi Ada Kebenaran – Timbalan Presiden Pas

KOTA KINABALU- Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bersetuju dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengenai kesukaran untuk...

PRNSabah: Malam Penutup Kempen BN Di Lamag Meriah, Walaupun “Terganggu”

KINABATANGAN: Sekalipun kelancaran majlis ceramah terakhir BN untuk kempen pilihanraya negeri Sabah ke-16 di DUN Lamag sebentar tadi terganggu oleh masalah teknikal, ia tidak...

Anwar Tolak Parti Pejuang, Takkan Saya Nak Sokong Dia? – Mahathir

LANGKAWI - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan dakwaan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan kerana pengumumannya itu boleh...

Penafian Ahli Parlimen UMNO Bukti Anwar Terdesak & Kemaruk Kuasa – Azmin

KOTA KINABALU - Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau menerima sokongan 'kukuh dan meyakinkan' daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan adalah tindakan orang...

Ku Nan Menteri Industri Utama, Cuma Angan-angan Anwar

KOTA KINABALU- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan spekulasi dirinya bakal menjawat Menteri Industri Utama dalam Kabinet pimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas (2020) kali ini, ditutup dengan cebisan kata-kata nasihat dan teguran ‘manja’ Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun, kepada kedua-dua blok Ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkang untuk menghormati Peraturan Mesyuarat ketika bersidang.

Azhar sebelum menangguhkan persidangan itu hari ini, mengajak semua Ahli Parlimen untuk mengadakan persidangan dewan secara harmoni dan mempamerkan kualiti perbahasan yang baik mengenai isu sesuatu usul itu.

“Peraturan 23 (1)(c) itu selalu sangat saya dengar tapi saya bagi peluang, sebab saya pun budak baru, kalau saya ketatkan sangat maka banyak akan mengadu…tapi itu peraturan mesyuarat iaitu peraturan untuk kita semua.

“(Peraturan 23 (1)(j)) banyak kali juga saya dengar perkara yang lain mengenai sifat-sifat yang bukan sifat dalam jawatan dikeluarkan dan dibahaskan. Bukan sekali, tapi banyak kali dan bila ditegur, ditarik balik tapi dibuat semula macam sengaja,” katanya selepas penggulungan usul menggantikan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Di bawah Peraturan Mesyuarat Peraturan 23(1)(c) menetapkan, sesuatu pertanyaan itu tidak boleh mengandungi apa-apa hujah sangkaan, fikiran, tohmah, puji atau keji, atau mengandungi kalimah-kalimah mengelirukan, menyindir atau menyakitkan hati, atau mengenai apa-apa perkara dangkal atau meminta penerangan mengenai perkara remeh.

Peraturan 23(1)(j) menyatakan, sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikeluarkan berkenaan dengan sifat atau kelakuan siapa-siapa, melainkan sifat dan kelakuannya dalam menjalankan urusan-urusan jawatannya atau urusan-urusan pekerjaan berkhidmat kepada negeri.

Belum sempat selesai memberi petua nasihat, beberapa Ahli Parlimen bangun mencelah termasuk Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang secara berseloroh, berkata: “Itu skil kami.”

Azhar kemudiannya menjawab: “Kalau saya hukum, itu pun skil juga.”

Antara Ahli Parlimen lain yang turut bangun mencelah ucapan beliau ialah Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau), RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai).

“Kedua-dua pihak (kerajaan dan pembangkang) menuduh antara satu sama lain siapa yang bersalah. Siapa makan cili dialah terasa pedas. Saya ingin menasihatkan kalau boleh bukan sahaja membaca Peraturan Mesyuarat, malah menghayatinya,” kata Azhar.

Sementara itu, dalam ucapannya beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia, yang bakal menjelang pada 16 Sept ini.

Persidangan ditangguhkan ke tarikh yang belum ditetapkan.

-BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

PRNSabah: Malam Penutup Kempen BN Di Lamag Meriah, Walaupun “Terganggu”

KINABATANGAN: Sekalipun kelancaran majlis ceramah terakhir BN untuk kempen pilihanraya negeri Sabah ke-16 di DUN Lamag sebentar tadi terganggu oleh masalah teknikal, ia tidak...

111 Jangkitan Covid-19 Termasuk 97 Kes Di Sabah – KKM

PUTRAJAYA – Sebanyak 111 kes dilaporkan hari ini termasuk di Kluster Orkim yang dikenal pasti di Johor menjadikan jumlah kes positif sebanyak 10,687 kes. Ketua...

Arahan Penutupan Selepas Pendaki Positif Covid-19 Daki Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU - Gunung Kinabalu dan kawasan Taman Kinabalu, ditutup bermula hari ini hingga 8 Oktober untuk proses nyah kuman. Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan...