Semaikan Semangat Prihatin Demi Kemakmuran Bersama -MB Pahang

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Besar Pahang, YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengesa rakyat di negara ini khususnya anak-anak Pahang untuk terus membantu satu sama lain dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran ketika ini.

Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-63 pada 31 Ogos ini, apa yang kita perolehi melalui nikmat kemerdekaan bukanlah suatu perkara yang boleh diambil mudah.

“Ratusan tahun lamanya kita dijajah oleh pelbagai kuasa asing, tetapi pada tanggal 31 Ogos 1957 kita berupaya untuk mentadbir diri kita sendiri”.

“Lebih membanggakan kita semua, kita telah berjaya menempa nama di persada antarabangsa seperti bidang sains, teknologi, perniagaan, sukan dan kita juga banyak memain peranan yang penting dalam isu-isu kemanusiaan sejagat”, Katanya.

Peranan Malaysia diperingkat antarabangsa terlalu banyak seperti krisis di Congo (1960-1965), Somalia (1993-1994), Bosnia and Hazergovinia (1995) dan negara-negara luar lain yang mendapat bantuan sifat prihatin kerajaan dan rakyat Malaysia.

Wan Rosdy juga mengingatkan, krisis politik tempatan dan penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia boleh mengugat kestabilan negara ini dan rakyat perlu beri  perhatian sepenuhnya kepada negara ini, katanya dalam kenyataan dilaman facebook beliau.

Kerajaan telah melakukan pelbagai usaha mengatasi krisis yang berlaku, tetapi kepentingan rakyat tempatan perlu diutamakan terlebih dahulu walau apapun yang berlaku”.

“Sebagai sebuah negara yang merdeka, fokus kepada rakyat perlu diutamakan, utamakan perusahaan-perusahaan tempatan, beri sokongan dan bantuan kepada rakyat di negara ini yang berada dalam kesusahan. Kukuhkan kehormanian dan semangat kebersamaan rakyat Malaysia”,

Dengan semangat keprihatinan, kekuatan dan iltizam, beliau yakin semua cabaran dapat ditempuhi demi kemakmuran bersama yang dapat dirasai oleh semua”, katanya lagi. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat