Thailand, Kemboja setuju gencatan senjata serta-merta umum Anwar

KUALA LUMPUR – Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta susulan ketegangan yang memuncak di sepanjang sempadan yang dipertikaikan, hasil satu mesyuarat khas yang diadakan di Putrajaya pada Isnin.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan persetujuan itu selepas mempengerusikan mesyuarat khas antara Thailand dan Kemboja di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya.

Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menghadiri mesyuarat yang bermula pada jam 3 petang itu.

Hadir sama dalam rundingan itu Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Edgard Kagan dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, dengan Amerika Syarikat bertindak selaku penganjur bersama manakala China sebagai pemerhati.

Kedua-dua Kemboja dan Thailand mencapai persefahaman bersama iaitu gencatan senjata serta merta tanpa syarat, berkuat kuasa mulai pukul 24:00 (waktu tempatan) pada 28 Julai 2025.

Ini merupakan langkah pertama yang penting ke arah meredakan ketegangan serta memulihkan keamanan dan keselamatan.

Jumaat lepas, Anwar telah menghubungi Phumtham dan Manet secara berasingan, memohon kedua-dua pemimpin supaya segera melaksanakan gencatan senjata dan kembali ke meja rundingan untuk menyelesaikan pertikaian mereka.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat