“Anwar, sudah-sudahla dabik dada pejuang rasuah awak sendiri restui rasuah, nepotisme, kronisme” – Tun M

KUALA LUMPUR – Rampas harta tidak boleh berlaku hanya kerana harta berkenaan diragui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan Anwar yang didakwanya berusaha berterusan merampas dan memburukkan nama Tun Daim Zainuddin meskipun beliau telah meninggal dunia.

“Datuk Seri Anwar perlu terang dengan jelas apakah kesalahan Tun Daim sehingga usaha merampas dan memburukkan namanya berterusan walaupun dia telah meninggal dunia yang boleh hukum ialah mahkamah selepas perbicaraan.

“Perdana Menteri tidak ada hak menjatuhkan hukuman. Kalau hanya diragukan oleh Perdana Menteri merampas harta tidak boleh dilakukan. Itu salah dari segi undang-undang. Rampasan itu sama dengan mencuri.

“Walaupun nama tidak disebut tetapi harta yang dirampas memang milik Tun Daim. Menjadi hak dan tanggungjawab masyarakat menjelaskan kesalahan kerajaan. Tun Daim sudah tidak ada. Oleh itu beliau tidak dapat pertahan diri. Kerana itu Kerajaan Anwar dapat menuduh dengan selamat,” dakwa beliau.

Dr Mahathir malah menyebut, semua tahu Daim sudah kaya sebelum jadi menteri.

“Semasa jadi menteri beliau dalam proses menyerah perniagaannya kepada pihak lain. Tetapi apabila ia tidak lagi jadi menteri ia kembali berniaga. Untuk tidak dituduh mendapat keistimewaan ia berniaga di luar negara.

“Tidak pula ada skandal apa-apa di negara di mana ia bergiat. Kalau mereka tidak ragu, tidak menuduh apa-apa kesalahan Daim, bagaimana Perdana Menteri Malaysia boleh ragu, buat tuduhan, dan menjatuhkan hukum. Kabinet juga tidak ada hak menghukum.

“Konon nak bawa balik duit Tun Daim untuk rakyat. Undang-undang apa yang memberi hak kepada Kerajaan Malaysia merampas harta rakyat Malaysia di luar negara untuk apa tujuan pun,” bidas Dr Mahathir.

Bekas Perdana Menteri itu mengingatkan sebaliknya yang kita lihat sekarang bagaimana kroni Anwar dapat kontrak kerajaan bernilai billion Ringgit.

“Ada pula orang yang sedang dituduh seleweng duit kerajaan yang tiba-tiba ditarik balik tuduhan. Kalau ini bukan rasuah apakah makna rasuah?

“Anak Perdana Menteri diberi jawatan tanpa proses biasa.

“Sudah-sudahlah mendabik dada sebagai pejuang rasuah. Awak sendiri merestui rasuah, nepotisme dan kronisme,” tempelak beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat