Tak perlu ugut PM tunggu PRU-15, lawan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nampaknya kekecewaan yang diluahkan Perikatan Nasional (PN) selepas permintaan-permintaan mereka tidak dilayan Perdana Menteri menjadi bahan jenaka pemimpin-pemimpin UMNO.

Antara permintaan yang dituntut PN ialah jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga menggantikan kedudukan Datuk Zuraida Kamaruddin dalam Kabinet dengan pimpinan Bersatu.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyindir pimpinan PN supaya mengubati kekecewaan dengan “tekan butang”.

“Kecewa tuntutan jawatan TPM, Menteri dan lain-lain tidak dipenuhi?
Jawapannya… Tekan butang.

“Lepas tekan butang dan menang PRU-15, PN boleh lantik, Abah kau (Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi Perdana Menteri semula, Datuk Seri Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri 1.

“Manakala Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Timbalan Perdana Menteri 2 dan Wan Ahmad Fayhsal sebagai Menteri Kewangan (sebab dia pakar cetak duit),” sindir Najib.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil pula bertanya, “masih mahu tuntut jawatan TPM kah, Hamzah (Datuk Seri Hamzah Zainuddin)?

Tegas Isham, rakyat ingin mandat dikembalikan semula kepada mereka. Bukan serah jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Bersatu.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) tak perlu layan mereka ini.

“Jika mereka ugut, kita akan lawan. UMNO parti akar umbi, ada lebih 3 juta ahli. Usah peduli tuntutan pelompat parti. Rakyat lebih penting dari mereka ini.

“Kita bubar Parlimen, serah mandat di tangan pengundi, reset dan kembalikan kestabilan politik, dan pulihkan ekonomi secepat mungkin.

“Allah akan bantu orang-orang yang ikhlas dan sabar dalam perjuangan, insyaallah,” ucap Isham.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula mengingatkan PN dan Bersatu agar tidak mengugut Perdana Menteri.

“Tak perlulah mengugut Perdana Menteri untuk mendapatkan juga jawatan TPM dan Menteri lain!

“Kalau nak tekan ‘button’, tekanlah sekarang. Kenapa takut sangat nak hadapi PRU-15?

“Biarlah rakyat tentukan secara mutlak siapakah selayaknya untuk diberikan mandat yang akan menentukan lakaran masa depan kestabilan negara dan kesejahteraan mereka,” katanya.

Menurut Asyraf lagi, selagi ugut-mengugut dan tekanan demi tekanan diberikan dalam kalangan parti-parti yang membentuk kerajaan sementara tanpa mandat rakyat ini berterusan.

Maka katanya, selagi itulah tiada jaminan kestabilan dapat dicapai sekaligus menghakis keyakinan pelabur untuk melabur bagi memulihkan ekonomi dan inflasi yang dihadapi rakyat ketika ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat