Urusan vaksin telah dibentang kepada PAC – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan di Dewan Rakyat hari ini semua dokumen perjanjian vaksin, butiran perbelanjaan, termasuk harga vaksin, berkait Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Khairy yang juga Menteri Penyelaras PICK berkata, pembentangan itu dibuat bagi memastikan ketelusan perbelanjaan program berkenaan sebanyak RM5.8 bilion.

Daripada jumlah itu, katanya, RM4.8 bilion disalur kepada Kementerian Kesihatan (KKM), manakala selebihnya kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“Pelaksanaan PICK memperuntukkan perbelanjaan besar kepada negara, sudah pasti jumlah RM5.8 bilion menimbulkan persoalan bagaimana ia dibelanjakan,” kata Ahli Parlimen Rembau itu.

“PAC telah adakan prosiding sebanyak dua kali, iaitu kali pertama pada 5 Januari lalu di mana Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan saya telah beri keterangan dan sekali lagi semalam, di mana saya turut memberi keterangan.

“Dokumen perjanjian vaksin, butiran perbelanjaan PICK, termasuk harga dan jenis vaksin, telah pun saya dedahkan kepada PAC,” jelas Khairy.

Selain pembentangan kepada PAC, Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI juga memberi keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi.

“Taklimat juga diberi kepada Ahli Parlimen dan saya beri jaminan segala perbelanjaan dan perjanjian dalam perolehan vaksin dan PICK akan terus saya bentang kepada PAC tanpa apa-apa gangguan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat