RUAG Malaysia Dijenama Kepada Global Component Asia Sdn Bhd (GCA)

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Global Systémes Asia Sdn Bhd (GSA) telah menjenamakan semula RUAG Malaysia sebagai Global Component Asia Sdn Bhd (GCA) berikutan pengambilalihan pertama operasi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih Switzerland (MRO) RUAG International di Malaysia.

Pengerusi GSA, Datuk Nonee Ashirin Mohd Radzi berkata syarikat multinasional itu akan meningkatkan tenaga kerja GCA sebanyak 70 peratus dan kawasan kemudahan penyelenggaraannya sebanyak 25 peratus.

“Pencapaian yang pesat dalam 30 hari pertama telah memperlihatkan pemain industri aeroangkasa kagum dengan GCA, kami mempunyai strategi yang sangat jelas.

“Tumpuan kami adalah gabungan bersepadu dengan tenaga kerja sedia ada RUAG serta memastikan penawaran perkhidmatan dan kemampuan kami dalam kelangsungan perniagaan berjalan dengan lancar.

Beliau turut memaklumkan syarikat itu tidak akan berkompromi dalam memastikan perkhidmatan pelanggan sedia ada sentiasa berada pada tahap yang tinggi.

“Pemindahan kemahiran dan pengetahuan dari RUAG serta portfolio pelanggan sedia ada akan menjadi pemacu untuk GCA manawarkan portfolio perkhidmatan yang cukup menyeluruh dalam industri ini.

“Kelancaran proses integrasi ini juga membolehkan kami beroperasi lebih awal daripada yang dijangkakan dan kini berada dalam kedudukan perniagaan yang kukuh untuk terus maju ke hadapan dan mengembangkan bahagian pasaran kami di Australia,
Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei,” jelas beliau.

Ketika ditanya apakah faktor penyumbang kepada kejayaan GCA, Nonee menjelaskan bahawa pengambilalihan itu menyaksikan GCA mewarisi profil perniagaan yang mantap iaitu legasi dalam perniagaan domestik, serantau dan antarabangsa serta disokong oleh kemudahan operasi yang lengkap bertaraf dunia. Ini termasuk perkakas dan tenaga kerja teknikal yang mendapat pengiktirafan prestasi penyampaian berkualiti tinggi serta pengekalan kelulusan peraturan (CAAM, EASA, FAA, DGTA).

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif GSA, Syahrul Amir Zaki, berkata, “Pemerolehan, penyatuan kepakaran serta kemampuan komprehensif ini menjadikan GCA sebagai komponen MRO yang diiktiraf secara global, terutama dalam peralatan starter-generator dan sistem pencahayaan pesawat, helikopter dan juga turboprop serantau.

“GCA juga mempunyai kepakaran yang dipertingkatkan dalam spektrum alternator generator dan sistem pencahayaan sedia ada serta keupayaan dalam bidang produk baharu seperti penggerak hidraulik dan kawalan servo. Pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) GCA juga sedang membangunkan portfolio berinovasi tinggi yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Kami berhasrat untuk menggandakan hasil pendapatan syarikat menjelang 2024 kepada RM12 juta dengan jumlah kontrak pelanggan bernilai 19.7 juta.

“Kami juga ingin membangunkan pasaran teras syarikat ini melalui perkembangan perniagaan sedia ada di negara-negara serantau,” kata Syahrul Amir.

Foto: Internet

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat