Empat lagi kes positif baru di Parlimen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Empat lagi kes positif baru COVID-19 dikesan di kawasan Parlimen,” kata Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini.

Pemakluman beliau itu sebagai respons kapada desakan wakil pembangkang supaya waktu sidang Parlimen dilanjutkan selepas 5.30 petang supaya membolehakn lebih ramai ahli Parlimen berucap.

“Kita (sidang Dewan Rakyat) sebenarnya telah tidak menuruti nasihat Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah), kalau ikut nasihat Ketua Pengarah Kesihatan kita bersurai jam 2 petang sebab beliau bimbang penularan Covid-19 di kawasan Parlimen.

“Semalam dan hari ini ada lagi empat kes. Risiko agak tinggi sebab itu saya tetapkan 5.30 petang untuk beri peluang kepada semua bahas,” katanya.

Azhar bagaimanapun turut memaklumkan tindakan melanjutkan sidang melebihi 5.30 petang berada di bawah kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Azhar menjawab Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin (PH-Hang Tuah Jaya) yang mencadangkan Parlimen bersidang melebihi 5.30 petang.

Isnin lalu, Azhar mengesahkan dua Ahli Parlimen positif COVID-19 sekali gus tidak dapat menyertai Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang berlangsung.

Susulan itu, enam lagi Ahli Parlimen terpaksa menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat dua Ahli Parlimen terbabit.

“Hasil ujian saringan Covid-19 diadakan Jumaat lalu juga mendapati seramai 13 orang kakitangan Parlimen didapati positif, berikutan itu seramai 58 kakitangan Parlimen turut menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat kepada mereka yang positif,” kata beliau pada Rabu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat