UK Sumbang 415,000 Dos Vaksin AstraZeneca Secara Percuma Kepada Malaysia – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata Malaysia akan menerima sebanyak 415,000 dos vaksin AstraZeneca dari United Kingdom (UK).

Menurut beliau, sumbangan yang bakal diterima ini adalah secara percuma.

Kata Hishammuddin lagi, sumbangan ini melambangkan nilai dan makna persahabatan akrab antara kedua-dua negara sejak sekian lama.

“Sebentar tadi rakan sejawat saya, Setiausaha Luar dan Hal Ehwal Komanwel United Kingdom, TYT Dominic Raab mengumumkan bahawa Kerajaan United Kingdom berbesar hati untuk menyumbang 415,000 dos vaksin #COVID19 jenis #AstraZeneca secara percuma kepada  Malaysia.” ujar beliau.

Kata Hishammuddin lagi, Malaysia amat menghargai kprihatinan rakan-rakannya negara luar terutama dalam menangani cabaran pandemik Covid-19.

” Alhamdulillah – Malaysia sentiasa amat menghargai keprihatinan rakan-rakannya dan menganggap sumbangan ini sebagai satu lagi nilai dan makna persahabatan akrab antara kedua-dua negara sejak sekian lama.

” Terima kasih Dominic Raab dan Kerajaan United Kingdom! Semoga usahama Malaysia-United Kingdom kekal utuh terutama dalam usaha menangani cabaran pandemik ketika ini!”. Katanya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat