143 Kematian, 17,405 Jangkitan Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 di negara ini terus melonjak apabila sebanyak 17,405 kes direkodkan pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 374 kes adalah daripada kategori tiga, empat dan lima, manakala kategori satu dan dua sebanyak 17,031 kes.

“Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif pada Rabu ialah sebanyak 1,061,476 kes.

Menurutnya, Selangor melaporkan sebanyak 7,171 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,880), Kedah (1,112), Sabah (913), Negeri Sembilan (863), Johor (767), Pulau Pinang (760), Kelantan (532), Melaka (531), Terengganu (490), Sarawak (464), Pahang (429), Perak (406), Putrajaya (68), Labuan (16) dan Perlis (dua).

“Secara keseluruhan, hanya 2,032 kes daripada jumlah kes pada hari ini mempunyai sejarah vaksinasi Covid-19,” jelasnya.

Beliau berkata, terdapat sebanyak 175,113 kes aktif di seluruh negara dan 1,016 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

“Seramai 529 kes memerlukan bantuan pernafasan,” ujar beliau.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 143 kes kematian membabitkan seramai 123 rakyat tempatan dan 20 warga asing.

Katanya, kes kematian pada Rabu melibatkan 41 kes di Selangor, diikuti Negeri Sembilan (21), Johor (17), Kuala Lumpur (14), Perak (11), Kedah (10), Sabah (sembilan), Melaka (tujuh), Pulau Pinang (lima) Kelantan (lima) dan Pahang (tiga).

“Berdasarkan data yang dikeluarkan, sebanyak 14 kes kematian adalah jenazah dibawa ke hospital (BID), manakala 129 lagi menghembuskan nafas terakhir di fasiliti kesihatan.

“Jumlah keseluruhan kes kematian adalah 8,551 kes,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, negara terus mencatat kes sembuh tertinggi selama dua hari berturut-turut dengan pertambahan sebanyak 12,373 kes.

“Jumlah kumulatif kes sembuh ialah sebanyak 877,812 kes bersamaan dengan 82.7 peratus daripada keseluruhan kes,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,577FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat