‘Influencer’ Dikenakan Kompaun Selepas Viral Video Didakwa Memalukan Warga Emas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai ‘influencer’ yang bertindak memalukan seorang gelandangan warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur baru-baru ini dikenakan kompaun sebanyak RM1,500.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, tindakan kompaun dikenakan ke atas lelaki terbabit kerana tidak memakai pelitup muka semasa berada di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, Jalan Pahang.

“Kejadian berlaku semalam kira-kira pukul 11.30 pagi ketika lelaki terbabit menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘Ubah Hidup’ kepada 20 orang gelandangan di pusat transit tersebut.

“Kita juga telah memanggil lelaki terbabit ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 5.20 petang bagi memberi keterangan berhubung insiden tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, tindakan kompaun tersebut dikenakan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Katanya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dalam memerangi wabak Covid-19.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan orang ramai meluahkan rasa kesal susulan tular sebuah rakaman seorang lelaki dipercayai seorang ‘influencer’ bertindak memalukan seorang gelandangan warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Difahamkan individu tersebut hadir bersama beberapa orang pekerjanya ke pusat transit berkenaan bagi memberi bantuan dan dipercayai mengambil kesempatan itu untuk memberi para gelandangan di situ sedikit ‘motivasi’.

Menerusi video berdurasi 50 saat itu, tindakan lelaki tersebut mempersoalkan adakah warga emas itu menyesal kerana tidak berusaha sewaktu muda sehingga dia menjadi gelandangan disifatkan sebagai biadab dan menjatuhkan air muka warga emas terbabit. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat