Zahid seronok ‘suara luar’ turut mahukan PRU-15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ‘gembira’ apabila suara dari luar parti turut menyokong Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan sekarang.

Beliau menyambut baik syor yang dicadangkan bekas Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC),Tan Sri Abdul Rashid Ab Rahman menegaskan PRU-15 perlu diadakan sekarang.

Zahid dalam respons di Facebooknya berkata, Abdul Rashid yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan mandat sah demokrasi perlu dikembalikan.

“Kerajaan pula tidak stabil kerana terdapat pelbagai watak dan parti dan ini tidak baik untuk negara.

“Katanya lagi ekonomi semakin buruk dan pelabur pula lari,” kata Zahid.

Menurut beliau, Abdul Rashid yang juga bekas Naib Presiden Bersatu dan kini masih jadi ahli Bersatu bersikap jujur menyatakan sikap dan pendiriannya berdasarkan pengalamannya sekitar 30 tahun berada dalam Suruhanjaya Pilihan Raya.

Zahid menyatakan gesaan PRU-15 bukan cuma datangnya dari UMNO malah sentimen luar parti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat