Laungan ‘Tutup Kilang’ Serang Facebook KKM, Doktor Bidas DG Bukan Menteri MITI

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Memandangkan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 disambung namun kes harian Covid-19 masih mencanak tidak nampak penurunan walaupun rakyat berkurung.

Kementerian Kesihatan yang menjadi ‘jurubicara’ ‘ menyiarkan laporan harian kes pandemik itu ‘diserang’ bedilan netizen dengan desakan ‘tutup kilang’.

Terkini Facebook Kementerian Kesihatan telah bertindak menutup ruangan komen.

Rakyat sebenarnya berang menyaksikan kes harian yang mencanak lebih 5,000 dan majoritinya membabitkan kluster kilang.

“Tutup semua kilang la, buat betul-betul total lockdown baru kes turun,” kata kebanyakan warganet.

“Hari-hari melihat statistik kluster tempat kerja dominasi carta. Saya tak nampak macam mana ini nak turun dengan lockdown separa masak sebegini,” catat Dr Rafidah Abdullah.

Semalam seorang doktor Dr Sakinah Sulong memuat naik hantaran di Facebook: “Ini Ketua Pengarah Perkhidmatan KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Beliau bukan Menteri MITI. Harap maklum.

“#SilapKementerianEh,” catat beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat